• Kepada mana-mana ahli Puspanita yang belum menjelaskan yuran tahun 2006, sila jelaskan pada bendahari atau wakil Jabatan sebelum atau pada hari Mesyuarat Agong 7April 2006.    
  • Mesyuarat Agong Puspanita Daerah Alor Gajah telah diadakan pada 10 Mac2006 hari Jumaat jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Dol Said , Pejabat Daerah Alor Gajah. Mesyuarat dirasmikan olih YBhg. Datin Wira Saudah Rahmat Pengerusi Puspanita Melaka. Kehadiran ahli-ahli amat menggalakkan.
  • Mesyuarat Agong Puspanita Daerah Jasin akan telah diadakan pada hari Jumaat 24 Febuari 2006 jam 3.00 petang di Dewan Pusat Kesihatan Jasin. Mesyuarat di rasmikan olih Yang Berhormat Datuk Chong Tam On Adun Ayer Panas.

Majoriti ahli telah hadir dan mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

  • Taklimat Tabung Latihan Puspanita Kebangsaan telah di adakan pada hari Selasa 21 Mac 2006 jam 9.30 pagi di Dewan Tun Mutahir Seri Negeri Ayer Keroh. Taklimat telah di beri olih Wakil dari Puspanita Kebangsaan iaitu YBhg. Datin Norshaadah bt. Mohd. Nor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Tabung Latihan Puspanita serta setiausahanya. Hadir sama ialah Pengerusi, Tim. Pengerusi, dan ahli-ahli jawatankuasa Puspanita Melaka. Wakil jabatan-jabatan juga di jemput hadir supaya maklumat tersebut dapat disampaikan terus kepada ahli-ahli di jabatan masing-masing.Buku Panduan Tabung Latihan Puspanita dijual dengan harga RM 6.00.
 
     
Visi, Misi & Moto
Objektif
Perlembagaan
Lagu PUSPANITA

Biro Publisiti & Sebaran Am

 
 
 
Klik Untuk Muat Turun Borang
Yuran Keahlian PUSPANITA
E-Melaka
Melakainfo.com
PUSPANITA Kebangsaan
 
  Mesyuarat Agung PUSPANITA Melaka ke 24 ...
   

Mesyuarat Agong Puspanita Cawangan Negeri Melaka untuk kali ke 24 akan diadakan pada hari Jumaat , 7 April 2006 jam 3.15 petang. Tempat mesyuarat di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh , Melaka. Mesyuarat akan di rasmikan olih Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka iaitu Yang Berhormat Datuk Wira Ismail bin Salleh selaku penasihat Puspanita Negeri Melaka.

 

Semua ahli biasa dan ahli seumur hidup dijemput hadir.Ketua-ketua jabatan dan wakil NGO akan turut dijemput sebagai tetamu jemputan. Pendaftaran bermula 2.30 petang. Ahli-ahli yang belum menjelaskan yuran keahlian 2006, sila jelaskan pada hari tersebut. Dua keping gambar sendiri ukuran passpot hendaklah dibawa bersama untuk diserahkan semasa pendaftaran. Ini adalah untuk mengemaskini rekod keahlian seperti yang dikehendaki oleh Puspanita Kebangsaan.

Sempena mesyuarat Agong ini,akan diadakan majlis penyampaian sumbangan anak-anak ahli yang cemerlang di dalam peperiksaan tahun 2005 sahaja.Syarat-syarat kelayakan penerima adalah seperti berikut:-

ii) Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) - RM 50.00

    • 5A

ii) Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR ) - RM 80.00

    • 7A

iii) Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) - RM 100.00

    • 8A ke atas

iv) Sijil Tinggi Persekolahan ( STP ) - RM 100.00

    • 4 Principal
  • Menjadi ahli Puspanita Melaka dan telah membayar yuran keahlian sekurang-kurangnya 2 tahun berturut-turut ( 2005-2006 ). Ahli seumur hidup juga layak menerimanya.Rekod bayaran akan disemak oleh bendahari .
  • Nama-nama anak cemerlang hendaklah sampai kepada Setiausaha Puspanita Pn. Norhayati Nasir atau Pn. Siti Ramlah Ahmad iaitu Pengerusi Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga sebelum atau pada 25 Mac 2006.Tanggongjawap wakil jabatan memastikan nama anak-anak ahli di jabatan mereka tidak tercicir.
  • Anak-anak cemerlang tidak perlu hadir pada hari tersebut.Sumbangan akan diterima oleh ahli (ibu).

Untuk keterangan lanjut, sila baca surat edaran ke Jabatan-jabatan daripada setiausaha.

 

         
 
©Hakcipta Terpelihara 2005 PUSPANITA Melaka