Laporan BIRO PUBLISITI & SEBARAN AM :

Pengenalan :

Masa kini keahlian Puspanita terdiri dari 105 jabatan/ agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan dan terletak diseluruh Negeri Melaka.Kedudukan ahli yang berselerak luas kepada lebih 100 agensi diseluruh negeri menghadkan komunikasi yang efisien terutama bagi sebaran maklumat dan maklumbalas dalam kadar segera. Satu jawatankuasa induk Puspanita telah dibentuk dalam mesyuarat Agong kali ke 23 April 2005 yang lalu untuk menggerakkan biro ini yang terdiri daripada :- Penasihat : Pn. Hazelita bt. Hussin Pengerusi : Pn. Hjh. Rokiah bt Hj. Mahmood Setiausaha : Pn. Norzarah bt Hj. Mohd. Ali Ahli J/Kuasa : Pn. Diana bt. Dolah Pn. Junaidah bt. Nawawi Shahrunisa bt. Abdullah Siti Hanisah bt. Harun Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Puspanita Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Yb. Datuk Wira Hj. Ahmad Rusli b Joharie Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang merangkap Penasihat Puspanita Melaka. Majlis diadakan di Bilik Tun Mutahir, Seri Negeri Ayer Keroh pada 28 Julai 2005.


Okjektif Biro :  


  • Satu saluran untuk ahli-ahli mengetahui perkembangan terkini aktiviti dan program yang sedang dan akan dijalankan dari masa kesemasa.Juga untuk menggalakkan dan melibatkan ahli dalam aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
  • Memberi pendedahan ilmu ICT kepada ahli semasa melayari laman ini serta berkomunikasi dan menyumbang idea untuk penambahbaikan persatuan bagi faedah bersama.
  • Memberi kemudahan kepada isteri-isteri dan kakitangan kerajaan mendaftar sebagai ahli secara on-line.

  • Aktiviti :

    Biro ini telah dan akan merakamkan segala aktiviti yang dijalankan puspanita dan melaporkan dalam laman ini untuk tatapan ahli-ahli. Kami sangat berbesar hati sekiranya ahli-ahli dapat memberi cadangan bagi membaiki ruangan ini. Sekiranya ada, hantarkan ke Email pengerusi Biro.

    Disediakan oleh:
    Hjh. Rokiah bte Hj. Mahmood
    Pengerusi Biro Publisiti dan Sebaran Am Puspanita Negeri Melaka.
    Email : rockymk49@Yahoo.com